Apakejadahnya Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Ni??


logo
Atas pemintaan:  RAK minta supaya gambarnya dikeluarkan.
Selepas kecelaruan program KMS1M yang dihadiri oleh PM di PWTC tempoh hari, berlangsung pula KMS1M peringkat negeri yang sudah diadakan di 2 negeri; iaitu Kelantan & Pahang.

Masalahnya; tidak nampak objektif jelas KMS1M dalam perjuangan media sosial untuk membantu kerajaan/BN selain usaha sesetengah individu/pihak mentekedarah bajet dari sebuah agensi untuk menebalkan poket peribadi.

Ketua Pengarah agensi berkenaan mungkin belum sedar... Ada baiknya bajet ratusan ribu tersebut disumbangkan secara terus kepada blogger2, facebookers dan pejuang media sosial lain sebagai inisiatif penghargaan bagi menyuntik semangat mereka untuk terus istiqamah dalam saf perjuangan ini.
 

Selama mana golongan2 opportunis sebegini harus diberi peluang sedangkan ada hal yang lebih besar harus kita tangani sebelum segala-galanya hilang selepas keputusan PRU13...

Tunggu pendedahan lanjut!

 http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/apakejadahnya-konvensyen-media-sosial.html

 http://penaksj.wordpress.com/2012/02/22/bukan-untuk-pru-konvensyen-media-sosial-1malaysia-untuk-wang-kocek/

 http://penaksj.wordpress.com/2012/02/22/hot-blogger-ini-bagi-kata-dua/

TM NOTE
Semalam seorang sahabat telah menghantar link blog jendelamaya. 

TM mengucapkan terima kasih kepada penulis blog jendela maya yang membangkitkan isu ini. 

TM bagi masa lagi kepada sesiapa yang ingin mengulas isu ini sebelum TM menjawabnya. 

TM adalah  Timbalan Presiden 1 Agenda dan konvensyen media ini adalah harta intelek dan hasil R&D 1 Agenda.

Ia mendapat sokongan dan pengiktirafan, sebab itu lah Perdana Menteri  Dato Seri Najib Razak sudi hadir untuk merasmikan pelancaran konvensyen tahun lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog